Total Pageviews

Monday, June 13, 2011

Assassin's Creed 2 Brotherhood


Sambungan dari episod Assassin's Creed 2, masih guna watak Ezio Auditore. Kali ni dengan perwatakan yang lebih matang (korang bleh perasan bila tgk muka dia berjambang). Cerita dikembangkan lagi dengan lebih menarik, skill lawan yang ditingkatkan lagi (Counter attack then streak kill..means korang buat combo membunuh secara berterusan sehingga samada musuh dah habis atau korang kena pukul dalam masa korang buat streak kill..)

Watak host masih lagi Desmond Miles, kalau sebelum ni korang dalam mesin Animus di sebuah gudang kat mana2 ntah, kali ni ni korang di tempatkan di headquaters Ezio. Yep, Monteriggioni. Korang akan nampak beza zaman dulu dengan sekarang.

Bezanya dalam Brotherhood kali ni korang berpeluang untuk merekrut ahli Assassin yang baru dalam kalangan orang awam. Hantar diorang untuk melaksanakan tugas di serata dunia untuk meningkatkan prestasi diorang dalam skill lawan atau pertahanan, or korang boleh minta bantuan diorang untuk selesaikan tugas korang sendiri....or korang boleh mintak bantuan diorang jugak untuk cover korang semasa korang sedang menjalankan misi.


Happy killing!

Saturday, May 21, 2011

Assassin's Creed


Hai..agak lama dah tak posting entry dlm blog aku ni.
Kali ni aku nak share satu lg game aksi. Korang mesti perasan gambar heading yg aku guna kat atas tu, Assassins's Creed dan aku sure  mesti korang tau dan pernah main permainan tu.

Yup, kali ni aku nak share pasal Assassin's Creed. Sebuah game aksi 3rdPS yg berlatar belakangkan zaman peperangan Perang Salib di Tanah Arab dan dicampur adukkan sedikit dgn zaman sekarang.
Assassin's Creed secara keseluruhannya mengisahkan ttg seorang pembunuh upahan yg memburu dan membunuh sasaran demi menjamin keamanan masyarakat.

Grafix & Effect
Aku rasa korang mesti akan expect yg aku akan cakap grafixnya menarik, cun dan power. Ya, mmg itu yg aku akan cakap. Permainan video zaman sekarang ni kita boleh jangkakan yg grafixnya menarik dgn teknologi enjin grafix yg di update kan dgn kerap. Begitu jugak dgn effect nya. So xpayah la aku nak cakap pjg pasal ni coz mmg puas hati dgn grafix dan effect.

Yang ni wallpaper jek, xkan korang x perasan.

Gameplay
Watak utama adalah Altair ibn La-Ahad. Seorang lelaki yg agak kabur asal usulnya tapi aku andaikan yg dia ni adalah salah seorang dari ratusan yg lain yg belajar seni membunuh. Tugas beliau dan puaknya adalah untuk menjaga keamanan. Kill one to save thousand others. Yep, target diorang ni adalah individu2 berprofil tinggi tetapi corrupt dari segi bentuk pemerintahan diorang. Contoh macam sorang raja yang zalim harus dibunuh untuk memastikan keamanan rakyat sesebuah negara.


Skill dan aksi bertarung menarik. Tak macam sesetengah game yg lawannya nampak agak kaku dan keras.
Maksud aku adalah teknik lawan AC nih macam betul. Bila korang libas pedang, musuh akan tahan dengan pedang dan kalau diorang berpeluang, diorang balas balik samaada diorang tendang korang atau counter attack serangan korang. Pendek kata mmg tak jemu tengok aksi lawan2 game nih.

High Profile Assassination
*High Profile Assassination maksudnya korang bunuh target secara terang2ngan.


Saiz map? Huhuhu....besar beb.. tak larat korang nak jalan2 nanti. Aku suka game ni pasal scenery yang best.
Aku suka tengok tempat2 macam nih. Tak dapat tengok yg real, tengok dalam game pun bolehla... Lagipun dalam game still ada penduduk zaman tu. Tak macam sekarang.


Banyak kalau nak cerita pasal game nih. Boleh jadi boring nanti. So, jgn buang masa. Jom test..Adios

Sunday, February 13, 2011

Far Cry 2


Far Cry 2, game first person shooter terbitan Ubisoft.
Story pasal sorang askar upahan (mercenary) yang ditugaskan ke sebuah kawasan di Afrika yg dok tgh perang saudara untuk bunuh The Jackal; dalang pembekal senjata untuk mereka yg tgh berperang supaya diorang berhenti perang.

Korang tak terikat dgn satu watak, korang boleh pilih watak2 yg berbeza latar belakang dan sejarah. Tapi aku x nampak pun pemilihan watak ni bagi sebarang kesan atas jalan cerita Far Cry 2.


Far Cry 2 menarik sbb konsep dia lain dari game first person shooter yg len. Dalam kebanyakkan FPS korang perasan tak time dok main, tiba2 game tu akan loading setiap kali kita masuk kawasan baru, pergi ke next stage/level yg lain..? Dalam Far Cry 2, developer memastikan yg kita akan terus bersama watak kita tu.
Means, xda teleporting camera. Setiap kali korang pergi kawasan baru, masuk dalam satu2 bangunan, driving trak, lori, buggy atau whatever sekalipun, kita takkan nampak loading screen.


Senjata pulak diberi impak yg lebih realistik. Senjata yg baru boleh berkarat, sangkut (jam), rosak dan kalau korang still teruskan penggunaan senjata tu, ia akan meletup dan rosak sepenuhnya. So, korang kena sentiasa alert dgn kondisi senjata korang sepanjang bermain. Tiap kali aku play, aku akan pastikan aku xkan amik senjata musuh coz senjata diorang nih sezen. Tembak sat sangkut, tembak sat sangkut.. Setiap kali aku keluar cari job, aku akan pi stor senjata untuk dapatkan yg baru.


Sepanjang masa permainan, kita ada la sikit supply ubat. Sistem nyawa menggunakan bar. Ada 5 - 6 bar nyawa. Bila korang cedera dalam gun fight dan kalau dalam tiap2 bar tu x spenuhnya kosong, nyawa akan naik sendiri. Ubat picagari korang boleh guna kalau hilang 2 - 3 bar atau lebih dari tu. Tapi awas kalau nyawa korang di bar terakhir. Korang kena cepat2 cari tempat berlindung dan rawat sendiri luka korang tu. Dari patah tangan, jari, patah kaki dan keluarkan peluru dr badan korang guna playar mahupun jari.


Grafix pulak? Grafix terbaik..Far Cry 2 guna sistem enjin "Dunia". Ada kitaran waktu siang dan malam. Kitaran waktu boleh bg kesan dalam permainan kita contohnya, penglihatan musuh kurang mantap pada waktu malam dan susah nak kesan kita. Jadi bila datang waktu malam, sekurang2nya kita boleh lakukan serangan hendap. Waktu siang takyah cakapla..Korang paham2 la ok.. Serbu dan serang!!!


Selalunya kita tengok dalam game FPS yg lain, akan ada sebiji map sama ada di sebelah kanan atau kiri bawah screen monitor kita kan? Far Cry 2 xdak.. Kalau korang nak tgk map, korang kena kuarkan sendiri map tu dgn key 5. Watak korang akan pegang peta dan GPS dalam game world, bukan peta dalam menu.

Misi Far Cry 2 tak terikat. Korang boleh pilih macamana nak setelkan satu2 misi dgn cara pilihan korang sendiri. Ini boleh melatih kita untuk lebih kritis dan kreatif dalam menyelesaikan satu2 job yg ada. Best la camtu. Tak terikat dgn jalan cerita. Senang cakap Far Cry 2 berkonsepkan open world..

So, apa yg aku boleh katakan kat sini, Far Cry 2 berbaloi untuk dimainkan. Antara game FPS yg menarik.
Jom tgk system requirement plak.


    Minimum requirements
    • CPU:
      Pentium 4 3.2 Ghz, Pentium D 2.66 Ghz
      AMD Athlon 64 3500+ or better
    • Video card:NVIDIA 6800 or ATIX1650 or better
      Shader Model 3 required
      256 Mb of graphic memory
    • Memory:
      1 GB
    • Media reader:
      DVD-ROM
    • Hard drive space:
      ~12 Gig or HD space. (tbd)
    Recommended
    • CPU:
      Intel Core 2 Duo Family
      AMD64 X2 5200+, AMD Phenom or better
    • Video card:
      NVIDIA 8600 GTS or better
      ATIX1900 or better
      512 Mb of graphic memory
    • Memory:
      2 GB
    • Sound:
      5.1 sound card recommended
    • Media reader:
      DVD-ROM
    • Supported Video cards
      NVIDIA 6800, NVIDIA 7000 series, 8000 series, 9000 series, 200 series. 8800M and 8700M supported for laptops.
      ATI X1650-1950 series , HD2000 series , HD3000 series , HD4000 series.

Saturday, February 12, 2011

World In Conflict: Soviet Assault


Wookey... lama sudah tak blogging nih..
So, entry aku kali nih pasal game strategi antara yg terbaik.. World In Conflict: Soviet Assault.
Nih siri ke-2 slps World In Conflict.. Takda byk bezanya, just ditambah dgn kempen Soviet di celah2 kempen Allied..


Kalau nak dibandingkan dgn Company of Heroes, dari segi gameplay, World In Conflict lagi best.. Lebih tense dan mencabar dari segi memberi arahan, susunan strategi dan pemilihan unit dalam satu-satu situasi peperangan..

Kalau dari segi grafix plak, World In Conflict agak rendah sikit dari Company of Heroes.. Korang main la baru korang tau..



Screen capture di atas adalah situasi sbenar peperangan World In Conflict: Soviet Assault.
To all strategy gamers, aku recommend korang main game nih..

  • OS: Windows XP or Vista (32-bit)
  • CPU: 2.5 Ghz or Faster (2.8 GHz for Vista)
  • RAM: 1 GB (1.5 GB for Vista)
  • 2.5 GB of free HD Space
  • Video Card:128 MB Video RAM, DirectX 9.0c Compatible (GeForce 4 MX, Radeon 8500, 9200 Not Supported)
  • Sound Card: DirectX 9.0c Compatible.

Thursday, February 10, 2011

Race Driver Grid


Kalau korang NFS's fans, aku cadangkan korang test GRID plak..
Grafix & fizik menarik, mungkin lebih cantik dari NFS..
Tak byk yg blh share sini, just enjoy wallpaper yg ada nih...



GRID ada sesuatu yg xda pada kebanyakkan car race game yg len..FLASHBACK..
Kalau korang eksiden, kereta korang totaled, spinning, terlajak, langgar dinding, korang boleh rewind balik masa dan ulang balik situasi tu tanpa eksiden..tu yg menarik...

Online game, korang xyah nak sign up mana2 webside just create profile korang, nickname, password dan terus online..bina reputasi korang secara international..bukan Malaysia jek yg main, satu dunia main..

Date yg aku post entry aku nih, rank aku Superstar.. hahaa... ada berani nak test dgn aku?? Derby...enjoy..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...