Total Pageviews

Monday, November 8, 2010

Fallout New Vegas

Safety and peace kpd suma gamers..
Dgn ni aku merasmikan blog ke-2 aku dgn entry yg pertama ni.
Aku ingat nak share sket dgn korang pasal game ni; "Fallout New Vegas".
Siri yg keempat slps "Fallout 3". So, tanpa membuang masa lg, jom kita tgk sket apa yg best ttg game ni.

Minimum requirement..
Sebelum aku start membebel, nih requirement pc utk mmbolehkn korang men game nih;
Operating System: Windows 7, Vista & XP
Cpu: 2GHz Dual Core Processor
Ram: 2 GB
Graphic Card: NVIDIA GeForce series 6 / ATI Series 1300XT atau yg lebih elok dari nih.
(aku pakai graphic card ATI HIS IceQ3 Radeon HD3870, 512Mb, GDDR4)


Sinopsis..
Siri kali ni pasal sorang courier (korang la) yg dtugaskan utk mghantar sebiji cip kasino ke New Vegas ttp telah diserang dalam perjalanan dan dtembak di kepala ala mafia. Cip kasino tu pulak dah hilang kena rampas oleh org yg serang korang td.
Tp, korang terselamat la pulak, dan diselamatkan oleh pnduduk Goodsprings. Start dari situ, korang menjalankan misi mencari & menjejak geng yg serang korang td. Dari sini korang akan menjelajah dri satu tempat ke satu tempat, menjalankan tugas2 yg diberikan, terima upah, dsbgnya sampaila korang jumpa mamat yg tembak kpala korang td.

Ni aku...,nickname - Pathfinder

Kepermainan..
1st person shooter dan 3rd person shooter, korang bley ubah mana2 korang suka. Aku suka guna 3rd person time travelling jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yg jauh. Dan bila dlm kawasan kecik, macam dalam rumah dan bangunan atau masa aksi tembak menembak, aku akn tukar ke 1st person.

Senjata..
Aku taktau la apa pendapat korang, tp bg aku, Hunting Rifle & 10mm Pistol adalah senjata kegemaran aku. Nampak stylo plak pakai rifle, damage pun bley tahan setakat nak setelkan Nightskin (bentuk fizikal macam Super Mutant, tp diorang ni bley halimunan).

Hunting Rifle
dmg: 45
ammo: .308

10mm Pistol
dmg: 22
ammo: 10mm

Korang jgn ingat ada 2 senjata ni ja, ni cuma kegemaran aku, dan wajib pakai..
Selain ni korang boleh jumpa laser rifle, Thump-thump (grenade launcher), revolver, assault rifle dan macam2 lagi. Penat aku nak sebut so korang pandai2la cari ok?

Musuh..
Musuh plak bukan manusia ja, tapi termasuk makhluk2 yg bermutasi selepas perang nuklear. Dari sekecik2 tikus sampaila ke Death Claw. Huhu, aku nasihatkan korang kalau jumpa Deathclaw, korang cari la jalan lain. Sebab aku jarang jumpa binatang ni duk sorang2, besanya diorang duk dalam kumpulan. Kalau sekor ja bleh la setelkan, ni kalau dah banyak, lipas kudung aku dibuatnya.

Deathclaw

In case korang teringin nak bunuh menatang ni, aku nasihatkan korang pakai laser rifle dan pastikan korang ada byk peluru. Dalam kes aku, aku terpaksa sniper menatang ni dari jauh dan satu per satu dgn hunting rifle.

Map..
Map mmg bsar..sangat besar, ada beratus tempat yg boleh korang jumpa. Konsep Fallout nih free roaming, so korang tak terikat dgn jalan cerita. Kalau nak berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi mmg jauh, tp korang boleh fast travel dgn cara korang bukak map dlm PipBoy korang. Itu aku suggest untuk org yg tk berminat nak berjalan dan nak cepat jek. Huhuhu...


Orait la tuh, kalau aku nak cerita lagi mmg byk tak leh nak habis, so korang experience la sendiri Fallout. Haha, Apapun game ni antara yg terbaik aku penah main. Adios..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...