Total Pageviews

Friday, December 24, 2010

Battlefield Bad Company 2


Siri Battlefield makin lama makin maju.. Ni latest punya; Battlefield Bad Company 2..
Siri yg sblm2 ni xda jalan cerita, just fokus kpd online/offline play. Macam Counter-Strike la konsepnya..
Start dari Battlefield 1942 > Battlefield 2 > Battlefield 2042 > Battlefield Bad Company dan seterusnya siri yg ni lah...Sori kalau aku x ikut turutan episod sbb aku x follow semua siri ni betul2..Just amik mana yg berkenan dek mata jek..

Kalau dari sudut storyline mmg x leh beat Call Of Duty, story nya simple..Hentikan niat pengganas dari menggunakan teknologi senjata EMP yg mampu menggelapkn ssbuah negara.






Walaupun story x sehebat mana, tpi aku respek grafik dan fizik yg tip top. Struktur bangunan bleh pecah2 dan hancur atau ranap keseluruhannya..
So nampak mmg realistik bilamana korang xkan totally selamat kalau menyorok dlm bangunan..





Korang bleh drive kenderaan dari humvee ke trak, APV, tank, Humvee dsbgnya..
In the end, game ni still bley enjoy dimainkan oleh peminat first person shooter.








OS: Windows XP
Processor: Core 2 DUO @ 2 GHz
Memory: 2 GB
Hard Drive: 15 GB for Digital Version, 10 GB for Disc Version
Video Memory: 256 MB (NVIDIA GeForce 7800GT/ATI X1900)
DirectX: 9.0c

Thursday, December 23, 2010

Grand Theft Auto IV - Episode From Liberty City


Bandar yang sama, episod dan karakter yg berbeza.
Johnny Klebitz, protagonist untuk episod ke2; The Lost and Damned.


Dlm episod ni korang akan main watak Johnny, seorang biker dan merangkap Vice President dari geng The Lost. Yup, biker...dalam erti kata lain korang akan hidup dalam kalangan geng motor besar. Apa yang menarik dlm episod ni adalah korang x main sorang2, tapi ada member2 yg teman korang. Kerap jugak berkonvoi pi buat mission. Mmg best..




Apa yg lain utk episod ni, korang bleh pggil member utk  hantar moto kat korang kalau korang kehilangan motor atau bleh panggil diorang sebagai bantuan sokongan bila korang terlibat dalam gun fighting dgn musuh.





The Ballad Of Gay Tony..
Dengar nama pun dah seram...."gay"...heheh...
Tapi xda unsur2 gay dlm episod ni, so don't worry. Walaubagaimanapun, still ada unsur2 lucah, jadi harap bila main tu xda budak2 duk tgk okay? Dan kalau ada budak2 main, harap org besar2 tolong pantau dan skip adegan2 tertentu yg korang rasa patut kena skip..


Kan dah melalut, tp elok dianggap sbg early warning.. Luis Fernando Lopez adalah hero korang utk episod kali ni. Seorang bonzer kelab malam merangkap bisnes partner dgn member dia merangkap bos dia Anthony "Gay Tony" Prince.





Apa yg menarik utk ketiga2 episod ni adalah 3 watak ni saling berhubung kait dan kdg-kala terlibat sekali dalam mission yg sama. Paling ketara adalah mission di musium yg melibatkan ketiga2 watak ni masa diorang tgh berurusan jual beli berlian..

Aku paling suka 2nd episod sbb moto2 dah di upgrade.. Gerun jugak aku tgk sbb moto besar2... Dah macam 1400cc pun ada..pergh... Enjoy...

GTA IV Cheat Code

Sunday, December 12, 2010

Bully:Scholarship Edition


Boleh geng dgn game GTA4 sbb aku baru dpt main after 2 years beli.. So, jgn perli2 aku eh.
Korang bleh la maen sbb korang pakai PS2 atau Xbox tak macam aku, pakai pc jek..paham2 la kan condition pc camna..sentiasa kena upgrade kalau sistem yg ada tu ketinggalan zaman..huhu T-T


James Jimmy Hopkins, watak utama sbg sorang budak yg bermasalah..Vandalisme, buli orang, remaja yg memberontak etc...etc...


Berpindah sekolah dari sekolah mana ntah ke sekolah Bullworth Academy..aku tgk sekolah nih dah macam sekolah ahli sihir jek.. macam skolah budak jahat pun ada.. mmg skolah budak jahat pun..


Fighting style...huhu...best..best...best...x3.
Ini yg kita mahukan dlm game freeroaming.. GTA4 pun xda macam ni..Fighting style bleh tangkap org, jatuhkan lawan then blasah tumbuk dia bertubi2 sampai jadi ubi, skill lwan yg byk, selit kaki, tackel, dan sbg finishing move, bleh humiliate lawan tuh..

Antara contoh humiliate, korang paksa lawan korang makan ludah korang, gunakan tgn dia utk pukul dia sendiri, tarik telinga dia, sepak pipi dia & sbgnya.. BUT, utk ni korang tak leh pilih move ikut cara korang nak sbb telah disetkan sbg random moves..
Otometik dia akan pilih cara macam mana dia nak humiliate lawan dia..


Selain dari main mission, ada jugak side mision yg bagi aku tujuannya aku rasa untuk panjangkan cerita ja kot...heheh..

Antaranya kena pi kelas, nak ponteng pun bley..tapi jgn kantoi dgn pengawas skolah kalau monteng dlm skolah and kalau keluar pi pekan kena jaga2 dgn polis plak..haha

Enjoy the game....

Monday, December 6, 2010

Grand Theft Auto IV


Niko Bellic, 30, bekas tentera, asal Rusia..Hero utk episod kali ni..
Dtg ke Liberty City utk jumpa sepupu dia Roman Bellic..tpi sbenarnya dia ada sbb sendiri dtg ke sini..


Grafix dan fizik kali ni sempoi berbanding siri2 yg dulu.. Tahap AI pun best, bleh take cover belakang benda2 yg ada.. Member2 dan musuh pun boleh buat benda yg sama..So, adegan tembak-menembak tahap bley enjoy..(Blind fire pun ada..itu yg best..)



GTA4 guna brawling utk style fighting... Jadi don't expect fighting dia sama macam GTA San Andreas yg boleh blajar skill2 lawan.. Sbb tu aku lebih suka gun fighting...

Ceritanya lebih kurang camnila, Niko datang ke Liberty City sbb dia nak cari dua org pengkhianat time dia perang dulu.. Dia cakap cuma ada 3 org saja termasuk yg terselamat, so dia punya teori adalah salah sorang dari diorang bertiga ni adalah pengkhianat tu..

Yala takkan dia nak tuduh diri sendiri pengkhianat, mestila 2 org lagi tu..



Disamping dok cari 2 org tu, dia dtg cni untuk hidup senang dan mewah dgn spupu dia..
Walaubagaimanapun (cewah...), rupanya spupu dia nih byk masalah...heheh bermula la kisah dia hidup sbg pendatang dan mafia...adios...

Tuesday, November 23, 2010

Call Of Duty - Black Ops


Yeargh!!!! Akhirnya apa yg dinanti2kan telah tiba!!! HAHAHAHA!!!!
Call Of Duty - Black Ops siri ke-7 telah muncul bertemu peminat2nya!!!
Huhu....berjanggut aku tnggu saat2 nih...


Okeh, kpd sapa2 yg belum kenal lg apa itu Call Of Duty @ CoD, ia adalah game First Person Shooter yg terbaekkk....dari segi grafiknya, jalan ceritanya, aksi, senjata dsbgnya lah....


Berkembang dari CoD yg paling first skali, gambarnya aduyai sgt2 la teruk... (aku main dari episod 1st...) telah semakin maju dlam pembikinannya sekaligus mnjdi top shooting game..

Hmm...xda byk yg aku leh share kat sini sbb aku pun baru ja main...(tangkap 2 hari lepas) tapi x leh main pasai RAM aku x cukup!!? Terpaksa upgrade to 3Gb RAM....Recommended 2Gb RAM jek, saja aku buat juah bg jd 3Gb...

Okeyh, tu ja la yg aku leh kongsi dgn korang, so... cam biasa, jom test sendiri game ni lg bagus...adios...

Sunday, November 21, 2010

Mafia II


Kalau korang suka game GTA, aku recommend korang utk try game ni plak..lebih2 lg pada yg x pnh test lg..

Story Line...
Ceritanya pasal sorang mamat nih bernama Vittorio Antonio Scaletta, atau lebih mudah dikenali sbg Vito..
Dilahirkan di San Martino, Sicily tahun 1925 dlm keluarga yg sgt miskin.
Selang bberapa thn kendian, bapaknya buat kptusan pindah ke Amerika utk mulakan hidup baru..
Tapi bila dah pndah sana, life diorang serupa jugak, miskin x berubah2 pun..

Vittorio Antonia Scaletta
Vito berkawan dgn sorang mamat nih yg dia kenal dari zaman skola; Joe Barbaro yg jugak merupakan org yg kerap buli dia masa zaman skola..Dipendekkan cerita, bila Vito cabar Joe utk bergaduh, Joe aggap dia sbg org yg berani dan tak takut kemudian berkawan la 2 orang nih.. (aku rasa Joe dah cering kot...haha..)

Joe Barbaro

Joe nih ada kumpulan gangster ala mafia, so korang paham2 lah macamna bermulanya khidupan Vito sbg mafia..

Secara sinopsisnya, game ni mengisahkan kehidupan sorang mafia, bagaimana dia boleh join kumpulan mafia, cubaan, dugaan, cabaran dan halangan sorang mafia utk terus hidup (mafia ni ramai musuh, so nyawa diorang tu macam tak terjamin..), kepercayaan kpd kawan, dan hidup yg penuh aksi..



OS: Windows XP/Vista/7
Processor: Intel Core 2 Duo @ 3.0 GHz / AMD Athlon 64 X2 3600+
Memory: 1.5 Gb
Video Memory: 512 Mb
Video Card: nVidia GeForce 8600 / ATI Radeon HD 2600
DirectX: 9.0c

Vittorio Antonia Scaletta
Kepada yg belum try, jom try....adios...

Friday, November 19, 2010

Company Of Heroes


Entry aku kali ni bukannya pasal game yg latest, sbb yg latest aku tak abis usha lg..so wat masa ni aku just nak share stock game yg aku ada....

Company Of Heroes antara siri RTS kegemaran aku berkisar peperangan dunia pertama antara Allied & Axis.. Game ni berkonsep strategi, tu pasal aku label dia RTS.. To gamers, korang suma dah tau RTS tu apa, pada yg bukan, RTS adalah short-term utk Real Time Strategy di mana ianya dimainkan dari sudut pandangan atas..

Company Of Heroes siri pertama ni dilancarkan pd 2006..Dibina oleh Relic Entertainment..
Grafik...ni antara sbb knp aku sgt suka dgn game nih..grafik sgt best...fizik pun sgt best..segala benda yg ada dlm game ni mmg kena dgn hukum fizik..




Setiap letupan korang boleh tgk gelombang letupan tu mcm mencampak segala benda yg ada kat sekeliling..
Bangunan runtuh dan hancur bila kereta kebal korang tembak bangunan tu..
Serius aku cakap kat korang, game ni telah mengalahkan Command & Conquer General ataupun Red Alert 3...;ni antara game yg terkenal...

Siri Ke-2 (Opposing Fronts) - 2007
Kepermainan tip top...Control mudah.. korang tak perlu tumpukan sgt pembinaan base, cuma tumpukan pada tentera yg korang guna dan strategi untuk mengalahkan musuh.. Tapi jgn terlalu tumpu pada serangan sampai lupa pertahanan..

Tak seperti bberapa game RTS yg laen, korang tidak mengawal askar perseorangan...tp korang kawal dalam kumpulan or squad dalm bahasa omputeh.. Squad boleh tingkatkan pengalaman dari sekadar rekrut biasa kpd elit squad.. Korang boleh upgrade senjata, rampas senjata musuh atau kutip kat mana2 yg korang nampak senjata tu bersepah..


Askar boleh berlindung kat mana2 tempat yg korang rasa boleh berlindung, blakang bangunan, tembok2 yg pecah..guni pasir... belakang bangkai kenderaan yg dah rosak atau meletup..dgn cara nih, korang boleh turunkan peluang askar korang untuk mati..

Siri ke-3 (Tales Of Valor) - 2009
Bagi aku, game antara game yg best..konsepnya menarik.. grafik yg indah dan memukau :P dan fizik yg excellent.. So, bg RTS Gamers, kalau korang belum main lg siri nih, aku galakkan korang cuba...Pada yg dah berpengalaman, jom sharing la sket... adios

Sunday, November 14, 2010

Blood Stone 007


Jumaat 12hb November 2010.. Jam 5:30, ingat nak blk amik wife, tp dia kol bgtau dia dah blk dah.. so dgn gembiranya aku jalan2 g megamall..rutin aku ler jln2 cari game baru..haha..
cari punya cari, survey punya survey aku terjumpa la game nih.. Latest punya dlm siri 007.. Blood Stone 007..

Pasal game nih ada 2 berita untuk korang, berita baik dan berita buruk..Yg baiknya...,
Still guna watak yg sama dr episod yg lepas; Daniel Craig..
Kepermainan best, bleh take cover, blend fire, stealth kill, gerakan skill takedown yg best...ada adegan kejar2 (car chase) dan kejar2 atas bumbung..

Takedown...

Yg buruk...,
Cuma ada bbrapa benda yg fail plak dlm game ni... grafiknya x berapa menarik, biasa2 saja.., teknologi fizik jugak kurang ditonjolkan...tak berapa gore(xda darah bersembur bila kena tembak!! apa kes??) Dan yg plg fail adalah game ni SANGAT PENDEK!! Tak sampai 4 jam aku main dah habis!! Hampa + gas = Hampagas... Sgt2 mengecewakan..


System Requirement..
OS: Windows XP/Vista/7
Processor: Intel Core 2 Duo @ 2.0 GHz / AMD Athlon 64 X2 4000+
Video Memory: 256 Mb
Video Card: nVidia GeForce 7600 / ATI Radeon X1650

Untuk senjata plak secara defaultnya, korang dberi sbijik pistol silencer sbg senjata wajib dlm permainan yg berkonsep stealth game..snjata laen such as senapang, shotgun, grenade launcher, submachine gun dsbnya tu korang boleh dapat kat mana2 ja sama ada korang rampas dari musuh atau yg dah terlantar tgh2 jalan..

Adegan kejar2 bot sbgai intro dan permulaan game.

Antara adegan kejar2 yg aku suka; time aku naik sport car tgh kejar keretapi..sgt2 laju siap dgn meletup2 sampai aku tak nampak jalan.. just kena agak2 jek mana aku nak belok..



Okay..sampai sini saja, pendek kata game ni best walaupun pendek untuk dimainkan untuk peminat permainan aksi dan pminat James Bond..nasihat aku, korang experience la sndiri game ni lagi elok dari dgr cerita saja..
Chiao..

Wednesday, November 10, 2010

R.U.S.E



Salam kepada suma gamers.
Kali ni aku nak share pasal game R.U.S.E.
R.U.S.E adalah game perang (fav aku) berplatformkan real time strategy (r.t.s)
Dibina oleh Eugen Systems dan di publish oleh Ubisoft.


R.U.S.E mmbawak korang kpd situasi peperangan dunia ke-2 di antara pihak U.S. dan German.
Cuma ada satu kempen saja dlm game ni dan korang akan memainkan peranan Major Joseph; seorang yg pernah tercicir dari kampus Yale.

R.U.S.E mggunakan konsep perang informasi di mana korang akn guna sgala teknologi informasi utk mgalahkan musuh. Korang boleh mengesan kdudukan musuh, mghantar spy, mnyembunyikn kdudukan base korang, menghantar askar samaran(decoy) dan sbgnya semasa bertempur.

Kepermainannya pun menarik, mudah dan tak byk keys yg dperlukan utk memainkan game ni. Cuma korang akan rasa tercabar dari segi strategi I.Q. korang..heheh
Aku pun kekadang pening cari jalan nak setelkan musuh.

Korang buleh zoom camera view samada jauh atau dekat. Bila korang zoom dekat, korang akan nampak situasi peperangan yg menarik dan bila korang zoom jauh, korang akan dapati korang berada di meja papan strategi. Konon2nya korang berada di suatu tempat, dan mnyusun strategi peperangan korang.

Kpd peminat r.t.s. gamers, R.U.S.E adalah satu permainan yg menarik utk dimiliki.
Satu tips utk korang, kalau rasa susah sgt nak selesaikan 1 misi, korang cari trainer kat internet :p
Pasti korang akan rasa korang adalah pakar strategi yg teragung..adios..

Monday, November 8, 2010

Fallout New Vegas

Safety and peace kpd suma gamers..
Dgn ni aku merasmikan blog ke-2 aku dgn entry yg pertama ni.
Aku ingat nak share sket dgn korang pasal game ni; "Fallout New Vegas".
Siri yg keempat slps "Fallout 3". So, tanpa membuang masa lg, jom kita tgk sket apa yg best ttg game ni.

Minimum requirement..
Sebelum aku start membebel, nih requirement pc utk mmbolehkn korang men game nih;
Operating System: Windows 7, Vista & XP
Cpu: 2GHz Dual Core Processor
Ram: 2 GB
Graphic Card: NVIDIA GeForce series 6 / ATI Series 1300XT atau yg lebih elok dari nih.
(aku pakai graphic card ATI HIS IceQ3 Radeon HD3870, 512Mb, GDDR4)


Sinopsis..
Siri kali ni pasal sorang courier (korang la) yg dtugaskan utk mghantar sebiji cip kasino ke New Vegas ttp telah diserang dalam perjalanan dan dtembak di kepala ala mafia. Cip kasino tu pulak dah hilang kena rampas oleh org yg serang korang td.
Tp, korang terselamat la pulak, dan diselamatkan oleh pnduduk Goodsprings. Start dari situ, korang menjalankan misi mencari & menjejak geng yg serang korang td. Dari sini korang akan menjelajah dri satu tempat ke satu tempat, menjalankan tugas2 yg diberikan, terima upah, dsbgnya sampaila korang jumpa mamat yg tembak kpala korang td.

Ni aku...,nickname - Pathfinder

Kepermainan..
1st person shooter dan 3rd person shooter, korang bley ubah mana2 korang suka. Aku suka guna 3rd person time travelling jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yg jauh. Dan bila dlm kawasan kecik, macam dalam rumah dan bangunan atau masa aksi tembak menembak, aku akn tukar ke 1st person.

Senjata..
Aku taktau la apa pendapat korang, tp bg aku, Hunting Rifle & 10mm Pistol adalah senjata kegemaran aku. Nampak stylo plak pakai rifle, damage pun bley tahan setakat nak setelkan Nightskin (bentuk fizikal macam Super Mutant, tp diorang ni bley halimunan).

Hunting Rifle
dmg: 45
ammo: .308

10mm Pistol
dmg: 22
ammo: 10mm

Korang jgn ingat ada 2 senjata ni ja, ni cuma kegemaran aku, dan wajib pakai..
Selain ni korang boleh jumpa laser rifle, Thump-thump (grenade launcher), revolver, assault rifle dan macam2 lagi. Penat aku nak sebut so korang pandai2la cari ok?

Musuh..
Musuh plak bukan manusia ja, tapi termasuk makhluk2 yg bermutasi selepas perang nuklear. Dari sekecik2 tikus sampaila ke Death Claw. Huhu, aku nasihatkan korang kalau jumpa Deathclaw, korang cari la jalan lain. Sebab aku jarang jumpa binatang ni duk sorang2, besanya diorang duk dalam kumpulan. Kalau sekor ja bleh la setelkan, ni kalau dah banyak, lipas kudung aku dibuatnya.

Deathclaw

In case korang teringin nak bunuh menatang ni, aku nasihatkan korang pakai laser rifle dan pastikan korang ada byk peluru. Dalam kes aku, aku terpaksa sniper menatang ni dari jauh dan satu per satu dgn hunting rifle.

Map..
Map mmg bsar..sangat besar, ada beratus tempat yg boleh korang jumpa. Konsep Fallout nih free roaming, so korang tak terikat dgn jalan cerita. Kalau nak berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi mmg jauh, tp korang boleh fast travel dgn cara korang bukak map dlm PipBoy korang. Itu aku suggest untuk org yg tk berminat nak berjalan dan nak cepat jek. Huhuhu...


Orait la tuh, kalau aku nak cerita lagi mmg byk tak leh nak habis, so korang experience la sendiri Fallout. Haha, Apapun game ni antara yg terbaik aku penah main. Adios..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...